Hatiku bertanya sejuta soalan,
Adakah kasih ini semata khayalan,
Kebingungan menyerap sisa diriku,
Kesangsian namaku ianya menyeru,
Namun alangkah teguhnya kasih ini,
Kekuatan kuasa menyelubungi diriku kini,
Segala keperitanku terpadam,
Kenangan pahit kini jauh terpendam,
Air mata yang berlinangan di kelopak mataku alamat kegirangan,
Jiwaku yang berporak peranda kini mencapai ketenangan,
Kesayangan yang dulu sungguh didahagakan,
Sanubariku yang berkemarau menderita menanti kesayangan,
Kini dicurah dengan kasih yang melimpah ruah,
Alangkah inikah yang dipanggilnya tuah,
Jejari kasih yang menggesel hatiku,
Menyemadikan segala penderitaanku,
Kini mataku hanya melihat harapan yang bersinar bagaikan permata,
Hatiku yang serat dengan semangat membara,
Bibirku hanya membisik namamu,
Mataku hanya menatap wajahmu,
Hatiku hanya menyeru kebahagianmu,
Kerana untuk selamanya diriku diselubungi kehitaman,
Kaulah cahayaku,
Kaulah harapanku,
Kaulah kasihku,
Kau segalanya wahai titik permulaanku,
Untukmu,
Jiwa ini akan berterusan,
Hati ini akan berdenyutan,
Dan kisah kasih ini tiada akhiran…..